PUISI Ghazali Sulong| BELON- BELON SABUN - negerikertas.com

INFO ATAS

Ayo menulis cerpen atau puisi untuk memperebutkan Anugerah Kesaktian Pancasila. Deadline 1 Oktober 2022 | Kirim ke email nkertas@gmail.com

Media Sastra dan Seni Budaya

email nkertas@gmail.com | WA 628888710313

6 Mei 2022

PUISI Ghazali Sulong| BELON- BELON SABUN

 Ghazali Sulong| 

BELON- BELON SABUN

( buat generasi yang hilang)

 

tak ada yang lebih beruntung 

dari belon-belon sabun 

dilepas dengan nafas 

dengan impian.

 

hari ini 

rindu berkalih riang

meskipun tak pasti

apakah bahagia itu sementara.

 

tak diendahkannya

belon-belon hanyut 

ke seberang 

kerana namanya pun

tak mampu ditulisnya 

 

kecuali mimpi sering muncul 

di ingatan dan kerinduannya.

 

 

 

Ghazali Sulong

Rantau Panjang, Kelantan,

Malaysia.

 


Di lahirkan di Kg. Berangan, Tumpat, kelantan, Malaysia. Pesara guru dan jawatan terakhir sebagai pengetua di SMK. Gual Periok, Rantau Panjang, Kelantan. Mula aktif menulis sekitar tahun 1981 - 1986 dalam puisi, rencana dan kritik sastera. Karya pernah tersiar dalam Dewan Sastera, Majalah Dian, Mastika dan Akhbar Berta Minggu. Kerana kekangan kerja, aktiviti tersebut terhenti sehinggalah kembali serius menulis sejak 2019 sehingga sekarang. Tumpuan hanya dalam penulisan sajak.

 





INFO BAWAH

Cara kirim tulisan ke Negeri Kertas: Tulis karya anda berupa puisi/cerpen/artikel + biodata narasi + foto penulis atau gambar ilustrasi, semuanya dalam satu lampiran MS Word. Kirim ke email nkertas@gmail.com