PUISI : WARNA YANG TENTERAM | ABUYON - negerikertas.com

INFO ATAS

LEMBAGA INDEPENDEN DI BIDANG PENDIDIKAN LITERASI, SENI BUDAYA, DAN SASTRA.

28 Apr 2022

PUISI : WARNA YANG TENTERAM | ABUYON

 WARNA YANG TENTERAM | Puisi ABUYON


Ketika anak-anak di padang bola bermain,

berbunga hati mereka di bilik darjah,

sama mengeja dan sama membaca,

melukis dan mengecat

tak kira apa warna


jangan kita-kita yang kononnya matang

dan dulu, merasa garam menghitam

dan menghilangkan — warna-warna

harmoni dan tulus yang dipalit

mereka bersama penuh

tenteram


mari anak-anak, kita mewarna

dengan kalam Tuhan, agar

dunia dan isinya aman



ABUYON

Paka, Terengganu

13/09/09











BIONARASI



Orang Paka, Melayu Terengganu. Berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah politeknik dan pereka grafik di bawah label Abuyon Studio, terkini — menerbitkan buku puisi. Penggemar Hamka, Usman Awang, Mukhtar Awang dan Masuri SN. Pemenang Sayembara Puisi Ramadhan 2021 IPM-GAPENA, pemenang dua kali Pisau Puisi 2021 Tukang Puisi dan pemenang SAHARA Edisi September 2021 PENYAIR. Antara 10 Nominasi Puisi Terpilih Lomba Cipta Puisi Negeri Kertas 2022. Karya juga terakam di dalam beberapa buah antologi.


Sajak-sajak pernah tersiar di akhbar dan majalah — Mingguan Malaysia, Jurnal Pemuisi, Dewan Tamadun Islam, Dewan Budaya, Dewan Bahasa dan Dewan Sastera.


INFO BAWAH

NB: Untuk saat ini, Negeri Kertas belum bisa memberikan honor untuk karya (Puisi/Cerpen) yang tayang.