005

header ads

RMD Puisi Gabriel Kimjuan

KOPI RAMADAN ADA RAHMAT DI SEBALIK BULAN

Hari ini hirup senyuman pagi
aku tulis secawan kopi
ada biji berkah terpuji
menghidu aroma abadi
dalam pahala bulan suci

Aku menunggu azan masjid
manis reda hikmah tauhid
sejadah panjang zikir wirid
jika esok mati syahid
simpan kata menjadi jilid

Pada secangkir cahaya sufi
lakar seramik sebuah kaligrafi
seperti baca surah Al-khafi
zat Al-Quran Maha safi
ubat teragung pemilik biografi

Kongsi pesan sesama manusia
kopi jantan khalifah dunia
rezeki rasa mimbar kurnia
tanda ramadan iman sempurna
kerak pahala nikmati syurga

Karya;
Gabriel Kimjuan
Kg. Pulau Akar,
Labuan, Malaysia.
7 April 2022



Biodata Diri:
Gabriel Kimjuan penulis kelahiran tahun 1988. Seorang penulis muda Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA). Karya beliau pernah tersiar di Utusan Borneo, New Sabah Times, Harian Ekspres, Sinar Harian, Suara Sarawak, Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Selangor Kini. Malah, karya beliau juga pernah tersiar di majalah Wanita, Wadah, Tunas Cipta, Dewan Budaya dan di corong radio Malaysia, Labuan FM. Aktif berkarya di laman sosial facebook. Mempunyai 81 buah buku antologi bersama dan 100 karya eceran. Pernah menerima Anugerah Penulis Muda PERWILA tahun 2015. Pemenang anugerah ASEAN E-WRITER AWARD oleh E-Sastera Malaysia tahun 2016 dan Anugerah Aktivis Susastera tahun 2020 dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Mempunyai dua buah kumpulan puisi antaranya Benang Merah (2015) dan Bilik Istimewa (2017). Tahun 2019 sudah terbitkan sebuah buku baharu kumpulan puisi ketiga iaitu Sajak Bekerja.




Posting Komentar

0 Komentar