.

.
Headlines News :
Home » » #PUISI Khaziah Bte Yem - SINGAPURA

#PUISI Khaziah Bte Yem - SINGAPURA

Written By NegeriKertas com on 16 Mar 2018 | 21.24

#PUISI Khaziah Bte Yem - SINGAPURA

Langkah Tua

seorang tua bertongkat
membawa beban semalam
perlahan menapak satu demi satu
merenung.jauh ke hadapan
laluan lepas sukar berpaling
atas ketelanjuran waktu

jauh sudah terasa berjalan
walhal cuma satu meter ke depan
dirasa bagai ratusan
heretan beban muatan bertahun
yang tidak rela dilepaskan
walau majunya berhalangan

kiri dan kanan
deruman kenderaan di jalanan
deringan loceng basikal
e-skuter membawa angin sepintas pandang
lalu meluncur laju ke hadapan

di pandang hanya sosok mengecil
tak larat mengikut arus kehidupan
langkahnya masih persatu
tongkat diangkat dahulu
kaki melangkah lesu
beban diheret sayu

Khaziah Yem
13.01.2018
Tampines, Kota Singa


Khaziah Bte Yem seorang guru Bahasa Melayu yang giat menulis puisi sejak tahun 2012. Beberapa puisi moden beliau telah disiarkan di Berita Harian, Berita Minggu dan dibukukan di dalam antologi puisi seperti ‘Bebas Melata’, kelolaan Rohani Din. Pada tahun 2016, gurindam beliau telah disiarkan di Sabah Times dan ‘Syair Singapura’ telah dirakamkan ke dalam CD - kelolaan Encik Roslan Madun dari Malaysia. Beliau juga menceburi penulisan haiku, haibun, sonian dan soneta dan karya-karya beliau telah dibukukan dalam antologi bersama penulis-penulis dari Malaysia kelolaan Tabir Alam. Cerpen-cerpen beliau juga telah disiarkan di Berita Harian – ‘Ayahku Yang Bernama Abah’, ‘Cerita Kedai Makan’ dan ‘Hendak Masak Apa?’



Share this post :

Posting Komentar