005

header ads

#PUISI Nelson Dino - MALAYSIA

#PUISI Nelson Dino - MALAYSIA

SELINDANG AWAN

Sedang gelatik kuning menanti ranting patah kembali terpatri, di pohon pinang menunggu mentari jatuh ke bumi, dia kulihat mengecat dinding gerbang pelangi.

Sementara langit menangis, daun-daun angin bertiup memanggil namanya yang terukir di udara. Di mana ada gita dibacakan pada selindang awan gemawan.

Andai malam tidak lagi berganti siang, kabus akan sentiasa membalutinya dengan rasa kasih dan sayang  agar alam tidak terus berhenti bersiulkan angan.

Nelson Dino
Sandakan, Sabah, Malaysia
4 Januari 2018


NELSON DINO

Nelson Dino mula mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Nunuyan di Sandakan dan berketurunan Suluk. Tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan di Filipina. Kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Sastera Seni Visual di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Lagu puisi beliau dalam bahasa Tagalog, “Akala Ko Wala Na" telah dianugerahkan “Sijil Kecemerlangan dalam Puisi dan Muzik” oleh Pejabat Latihan Antarabangsa, NIU, DeKalb City, Illinois, Amerika Syarikat.



Posting Komentar

0 Komentar