005

header ads

Pesan Sebatang Pohon | Puisi Ghazali Sulong

 jika duniamu runtuh, 

ia takkan berselerak— 

ia gugur perlahan,


seperti daun yang menguji hayatku untuk berdiri tanpa marah, 

tanpa ratapan.


kerana aku percaya: 

biarpun kehilangan seluruh daun, musim akan pulang 

membalut luka-luka


dan menghadiahkan 

sehelai hijau 

yang memaafkan waktu.


Ghazali Sulong,

Rantau Panjang, 

Kelantan,

Malaysia.

Posting Komentar

0 Komentar