Ghazali Sulong|
BELON- BELON SABUN
( buat generasi yang hilang)
tak ada yang lebih beruntung
dari belon-belon sabun
dilepas dengan nafas
dengan impian.
hari ini
rindu berkalih riang
meskipun tak pasti
apakah bahagia itu sementara.
tak diendahkannya
belon-belon hanyut
ke seberang
kerana namanya pun
tak mampu ditulisnya
kecuali mimpi sering muncul
di ingatan dan kerinduannya.
Ghazali Sulong
Rantau Panjang, Kelantan,
Malaysia.
Di lahirkan di Kg. Berangan, Tumpat,
kelantan, Malaysia. Pesara guru dan jawatan terakhir sebagai pengetua di SMK.
Gual Periok, Rantau Panjang, Kelantan. Mula aktif menulis sekitar tahun 1981 -
1986 dalam puisi, rencana dan kritik sastera. Karya pernah tersiar dalam Dewan
Sastera, Majalah Dian, Mastika dan Akhbar Berta Minggu. Kerana kekangan kerja,
aktiviti tersebut terhenti sehinggalah kembali serius menulis sejak 2019
sehingga sekarang. Tumpuan hanya dalam penulisan sajak.
0 Komentar
Kirimkan Artikel dan Berita seputar Sastra dan Seni Budaya ke WA 08888710313