005

header ads

RMD Di Bawah Payung Purnama Ini - Arif Hadri Japri

 Di Bawah Payung Purnama Ini - Arif Hadri Japri


Kejamnya iblis

11 purnama

mendodoiku dengan irama alpa

memabukkanku berkiblatkan nafsu.


Atau khilafnya aku

sengaja lena

berselimut gemerlap dunia

berbantal asyik fatamorgana

sedang nurani membisik

bangunlah siaga

dakap indah syurga.


Di bawah payung purnama ini

sedang iblis tak nampak bayang

kurasakan malam seakan panjang

mencerlangkan mata 

untuk kumemilih

yang fana 

atau yang selama-lamanya.



Arif Hadri Japri anak jati Kuala Lumpur, Malaysia. Penulis yang kini berkhidmat sebagai pendidik di Ampang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun dan Sarjana Kurikulum dan Pedagogi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Karya-karya penulis pernah memenangi sayembara, dimuatkan dalam media massa dan naskhah antologi tempatan dan antarabangsa. Hubungi penulis di e-mel cikguarifhadri@yahoo.com atau Facebook Cikgu Arif.



 



Posting Komentar

0 Komentar