RMD PUISI ROZITA BINTI MOHAMED BAKI - negerikertas.com

INFO ATAS

Ayo menulis cerpen atau untuk memperebutkan Anugerah Sumpah Pemuda. Deadline 28 Oktober 2022 | Kirim ke email nkertas@gmail.com

Media Sastra dan Seni Budaya

email nkertas@gmail.com | WA 628888710313

9 Apr 2022

RMD PUISI ROZITA BINTI MOHAMED BAKI

 





SETANGKAI AJWA

PENGKARYA : GURU KIDAL ( ROZITA BINTI MOHAMED BAKI )


kopi pagi kuadun

bersama kabus Sya’ban yang mesra

sepucuk surat cinta Ramadan

merapati tangga rumahku


tercatat nota

semanis setangkai ajwa--buka hijab matamu jua hatimu

mencari tiga keadaan

kerahmatan

keampunan 

dan kebebasan dari api yang menyala

kuucapkan ahlan wa sahlan


MIMBAR ILMU RAUB PAHANG

02032022







 

TAJUK PUISI  : KEPULANGAN SEPASANG CAPAL

PENGKARYA : GURU KIDAL ( ROZITA BINTI MOHAMED BAKI)


( i )

jingga berteraburan pada

sebidang sejadah Maghrib

kita lampirkan sehelai diri berdebu

koyak 

lalu teraba -raba

menjilid maghfirah

(ii)

kawan 

terlalu lama capal kita sesat

dalam debu kota diri

lalu ini masa untuk pulang

menyambut seutas tali

lalu mengikat qiam

tunduk ketaatan


BUKIT IDAMAN

9032022








 


IMG20220305122253



ROZITA BINTI MOHAMED BAKI

Dilahirkan pada Mei 1983 di Panji Alam Kuala Terengganu.Mendapat pendidikan  di UPM Serdang dalam Bahasa dan Linguistik Melayu.Minor dalam Komunikasi Massa.Menyambung pengajian dalam bidang pendidikan di IPGM KDRI Terengganu sebelum berkhidmat sebagai Guru Pemulihan Khas di Daerah Raub.Gemar menulis puisi dan menggunakan nama Guru Kidal sebagai nama pena.




NAMA PENUH : ROZITA BINTI MOHAMED BAKI

NAMA PENA :GURU KIDAL

KERJAYA: GURU

ASAL: PANJI ALAM KUALA TERENGGANU,TERENGGANU

MENETAP: RAUB PAHANG

ALAMAT : SEKOLAH KEBANGSAAN CHENUA 27660 SEGA RAUB PAHANG.




INFO BAWAH

Cara kirim tulisan ke Negeri Kertas: Tulis karya anda berupa puisi/cerpen/artikel + biodata narasi + foto penulis atau gambar ilustrasi, semuanya dalam satu lampiran MS Word. Kirim ke email nkertas@gmail.com