RMD Puisi Ibnu Arrazy - negerikertas.com

INFO ATAS

Ayo menulis cerpen atau puisi untuk memperebutkan Anugerah Kesaktian Pancasila. Deadline 1 Oktober 2022 | Kirim ke email nkertas@gmail.com

Media Sastra dan Seni Budaya

email nkertas@gmail.com | WA 628888710313

4 Apr 2022

RMD Puisi Ibnu Arrazy

 RAHMAT RAMADAN


Ramadan tak pernah mungkir

berdiri depan pintu hati

menghadiahkan sejambak rahmat.


Ketika menyambut sejambak rahmat

pintu langit terbuka

cahaya menyimbah jagatraya

berkat bersinar di riba hamba-Nya

yang taat.


Telah terbuka pintu Ramadan

masuk dan petik cinta Ilahi

andai syurga pilihan.


Ibnu Arrazy

Kulai, Johor

02.04.2022


 -----------------------------------------


TAKAH RAMADAN


Dahaga, serigala mengaum

di halkum yang menunduk

nafsu amarah.

Lapar, singa mengerang

dalam perut

yang membenih janin iman.


Penuhkan dahaga

dan lapar

dengan tasbih zikir.


Ibnu Arrazy

Johor, Malaysia

04.04.2022


—-----------------------------------



 

Ibnu Arrazy, nama pena bagi Norumzi bin Ismail, lahir di Pasir Mas, Kelantan. Beliau pernah bertugas sebagai guru di beberapa buah sekolah di Johor Bahru dan Kulai. Kini bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, Johor. Puisi-puisi beliau pernah disiarkan akhbar-akhbar di Malaysia. 

 










INFO BAWAH

Cara kirim tulisan ke Negeri Kertas: Tulis karya anda berupa puisi/cerpen/artikel + biodata narasi + foto penulis atau gambar ilustrasi, semuanya dalam satu lampiran MS Word. Kirim ke email nkertas@gmail.com