005

header ads

[RMD] Bismillah Ya Ramadan |Stevinc Ooi

 Bismillah Ya Ramadan |Stevinc Ooi 


Wahai muslimin mengharapkan

detik bermakna, saat beriman

berpuasa di hari fardhu Ramadhan

dengan tangan menadah kesyukuran.


Alhamdullilah

Masyaallah

Tabarakaallah

Bulan suci penuh berkah

terungkai kata - kata penuh Bismillah.


Ya Ramadhan bulan berpuasa

bulan ampunan insan mulia

menyuci badan penuh dosa

kerana dunia akhirat lupa.


Dua belas bulan hijriah

Sebulan berpuasa Syawal meriah

Bulan Ramadhan dirahmati Ilahi

Bulan mulia, bulan berbakti.


Ooi Kean Hong (Stevinc Boy)

#2PNP (Bayan Lepas, Pulau Pinang)

Malaysia




Nama Sebenar : Ooi Kean Hong

Nama Samaran : Stevinc Ooi 

Nama Pena : Stevinc Boy


Anak Kelahiran Pulau Mutiara @ Bukit Gedung, Pulau Pinang. (MALAYSIA)

Ahli Persatuan Penulis - Penulis Pulau Pinang @ 2PNP


Menceburi bidang Penulisan Sastera sejak 2019 meliputi Puisi, Sajak, Anekdot, Sonian Dan Sonigraf, Sonikar (Sonian Kelakar + Sindiran), Haiku & Tanka, Pertandingan Esei & Cerpen Seram


Projek Penulisan: 


Projek Antologi "Tarian Tinta (Puisi) & Aksara Inspirasi 2 (Anekdot)" Anjuran AID CONFERENCE (Memenangi Anugerah Prolifik pada tahun 2019)


Projek Antologi 100 Penulis Anjuran  PEMUISI BERKARYA, "Puisi Citra Insani"


Projek Antologi Anjuran KEMBARA SASTERA

-- COVID - 19

-- 15 Puisi 10 Penulis {Bicara Sungai Pada Tebing}

-- Sonian Dan Sonigraf

 -- Haiku & Tanka {Musim Berganti}

-- Puisi Lelaki


Projek Antologi Puisi Anjuran SYFE MANAGEMENT 

-- "Doa Anak - Anak Palestine (Atouna El Toufolue)"

-- "Hilang"


Projek Anekdot Anjuran SYFE MANAGEMENT {Siri Anekdot Kerjaya Kehidupan}

-- Anekdot "Samudera Kehidupan"

-- Anekdot "Jalanan Kehidupan"


Projek Antologi Anjuran KALAM ILHAM CIPTA PRESS "Puisi-Puisi Cinta Ramadan"

 

Projek Antologi Puisi Anjuran WACANA MBM

-- HARI GURU 3S 

{Hari Guru, Hatiku Terharu}

-- HARI KEBANGSAAN 3S 

{Memacu Kesedaran}


Projek Antologi Sepilihan Kasih Anjuran WACANA MINDA "Cinta & Kasih Sayang (AKU)"


Projek Antologi Penghargaan Utusan Borneo Sabah "Citra Yang Tak Padam" Anjuran Gabriel Kimjuan.


Projek Antologi Puisi Anjuran ULUL ALBAB PUBLICATION 

-- "Daku Pencinta Alam" 

-- "Keluargaku Syurgaku" 

-- "Sirah Nabi"


Projek Antologi Puisi Anjuran SHE Publication "Buku Puisi Merdeka".


Projek Antologi Hari Puisi Nasional ke-21 Anjuran GAPENA, "GEMA MEMBELAH GEMA '19".


Puisi diterbitkan dalam Dewan Siswa Bulan September 2021 bertajuk "Wahai Harimau Asia"


" Kegagalan, Ibu Segala Kejayaan " 

Posting Komentar

0 Komentar