005

header ads

Singapura: Darah Anjing Jatuh Dari Langit

Salam sastera kepada teman-teman dan Berita Harian.
Terima kasih kepada teman-teman FB dan rakan seperjuangan yang turut meraikan kejayaan saya dan kejayaan teman-teman saya yang lain. 
Terima kasih yang terhingga juga kepada NAC, AP Yishun Prof. Muhammad Faishal Ibrahim dan Berita Harian, khususnya kepada editor Berita Harian Tuan Saat Abdul Rahman, orang-orang kuat Berita Harian Tuan Chairul Fahmy Hussaini, Puan Hanim Mohd Salleh yang berusaha tanpa mengenal penat serta kerabat kerja Berita Harian yang lain. Sesungguhnya, Bengkel Berita harian, enam hari, sehari suntuk sangat bermanfaat dan telah membantu saya memenangkan kejuaraan cerpen ini.
Terima kasih juga kepada para juri yang menjalankan tugas mencabar demi keadilan kepada semua peserta yang hebat-hebat belaka. Itulah sebabnya kemenangan ini di luar jangkaan saya. Saya sungguh terharu!
Akhir kata, usah khuatir dan usah hilang semangat teman-teman penulis. Jika cerita kita tidak terpilih bukanlah kerana cerita kita tidak bagus, tetapi sebenarnya, selera pembacalah yang berbeda.
Selamat menulis dan selamat berpuasa!


Sumber: Berita

Image may contain: 3 people, including Adam Fadila, people smiling

Posting Komentar

0 Komentar