005

header ads

Puisi Ade Patriot | JUBAH HITAM KOPI

 

Puisi Ade Patriot |

JUBAH HITAM KOPI


dijahit

jubah hitam kopi

robek di cangkir hati

menelan manis

sekilas rasa

nyatalah fakir

rahsia pahit

pembungkus

rahmat-Nya.



Ade Patriot

Tawau.Sabah

8/7/2022

Jumaat.











Suhaidi Bin Adinin atau nama pena Ade Patriot,berkelulusan Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Informasi dari OUM,Diploma Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan IAB,Diploma Perguruan Maktab Perguruan Sandakan Sabah.Kini bertugas sebagai Guru Besar di sebuah sekolah di daerah Tawau. Beliau aktif dalam bidang sastera sejak tahun 80an lagi,dengan menulis rencana,komentar,pantun etnik Brunei,sosio-budaya setempat dan turut melakukan beberapa projek kajian. Beliau amat berminat dalam bidang puisi dan banyak karyanya tersiar dalam Majalah Prasemudaya(MPSS), Sabah Times dan Dewan Pelajar.Sejak tahun 1980an beliau pernah menjadi ahli dalam persatuan sastera dan budaya antaranya Persatuan Seni Tawau (PESTA) dan RUSTA.Beliau juga merupakan Kerabat dalam Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia(PEMUISI) dan ahli kumpulan Aktivis Sastera (AKSA). Kini selaku Pengerusi Persatuan Masyarakat Brunei Sabah Cawangan Tawau dalam penglibatan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau semenjak 2011.


Hasil karya beliau terkini sama ada dalam bentuk puisi dan anekdot yang telah diterbitkan oleh Komuniti Menulis Malaysia (KISMy) antaranya Kumpulan Puisi Semut Di Cangkir Kopi 2022, Antologi Puisi Keistimewaan Dan Keindahan Setempat SABAH Suara Bayu di Puncak Biru 2021.Selain itu turut terlibat dalam beberapa projek penerbitan antologi puisi yang lain seperti antologi puisi Bangkit, Rindu yang Tertangguh, Hati yang Patah, Negeri Tercantik di Tanah Kalbu, Untukmu Anak, Sirah Nabi, Alam, Hujan, Doa Untuk Bangsa Puisi Asean, Pendosa, Siluet Cinta Ayah Bonda,Lukisan Puisi,Tanah Airku Tercinta dan Antologi cerpen/Puisi Secawan Kopi 3 .







Posting Komentar

0 Komentar