.

.
Headlines News :
Home » » PUISI GABRIEL KIMJUAN - MALAYSIA

PUISI GABRIEL KIMJUAN - MALAYSIA

Written By NegeriKertas com on 18 Mar 2018 | 10.04

ILHAM TUHAN

Kaki ini melangkah jauh
mencari ketenangan diri yang teguh
hujan menitis rahmat penuh melimpah
hasrat hati masih terasa keruh
ilham Tuhan tidak pernah roboh.

Teman hidup bersama bulan
menjadi watak lampu kekuatan
mencari ruang cukup bekalan
kadang hati berubah fikiran
tak mampu bernafas dalam kesusahan.

Puisi Tuhan sungguh hebat
kubaca satu-satu ayat bawa berkat
jiwa tenang sampai melekat
syukuri Tuhan sentiasa dekat
dengar rintihan hati penuh erat.

Hanya Tuhan tempat bersuara
meluahkan rahsia sepi dunia
Tuhan sebagai sahabat setia
hanya usaha yang dapat mengubah segala
untuk pulang ke jalan sempurna.

GABRIEL KIMJUAN
Taman Mutiara,
Labuan, Malaysia.


Share this post :

+ komentar + 2 komentar

Posting Komentar