SEDEKAH BUKU

Negerikertas.com menyalurkan bantuan SEDEKAH BUKU untuk taman baca di berbagai pelosok daerah yang kekurangan buku bacaan. Kirimkan buku ke alamat: Fileski 085731803357 | Jl Koperasi A08 | Banjarejo | Kec.Taman | Kota Madiun. Bisa juga berupa uang ke rek BCA 1771531313 a/n Walidha. Madiun

PERTEMUAN SASTERA BUDAYA NEGARA SERUMPUN

PERTEMUAN SASTERA BUDAYA NEGARA
SERUMPUN

Silaturrahmi taulan-handai santai di
lantai landai di pantai (Ala Arafah dan Mina)

Sama-sama BERSENANDUNG CERUK RANTAU

29-30 Januari 2016, Singapura

  1. Hanya 60 peserta sahaja, termasuk warga Singapura
  2. Harus sertakan 10 pantun 4 rangkap berkisar kehidupan sekeliling, adat resam atau kebudayaan di daerah masing-masing.  Tarikh tutup penghantaran 31 Julai 2015. Hantarkan kepada emel, dbonda@gmail.com atau inbox Anie Din.
  3. Bawa bersama 50 buku, sama ada buku sendiri atau bukan, pokoknya buku.
  4. Tidak merokok. (Diterima yang berikrar mahu berhenti merokok). Boleh merokok tetapi hendaklah di tempat yang disediakan.
  5. Menutup aurat. (Lebih disukai pakaian tradisional negara masing-masing). 
  6. Perlu membawa; pinggan, mug, sudu dan garfu.
  7. Bawa selimut dan bantal sendiri.
  8. Bayaran $60.00 setiap orang.
  9. Yang mendaftar dahulu didahulukan.

Sila daftar melalui peti pesanan Anie Din, Bundo Free, Iberahim Tengah, Phaosan Jahwei dan Jasni Matlani.

Hanya peserta yang sudah mengirimkan karya, namanya akan tertera di bawah.

Terima kasih. 
Akan selalu dikemaskini.

Wasalam…

Rohani Din.



9/5/15, Singapura
Share on Google Plus

About Fileski Channel