.

di negeri kertas, tidak ada koruptor. setiap orang punya ketahanan ekonomi, baik rakyat biasa dan pejabatnya, semua ikut patungan/gotongroyong membangun negeri. demokrasi berjalan natural tanpa money politic. tidak seperti negeri tetangga yang rakyatnya kelaparan hingga rela menukar suara dengan sekantong sembako. #fileski

BENGKEL PENULISAN SENI KATA LAGU (SIJIL)

Jika anda berminat, tetapi belum lagi mengesahkan penyertaan anda, sila hubungi saya dengan segera untuk memudahkan pihak kami menyediakan sjil yang bakal diberikan nanti kepada peserta-peserta bengkel.

Berikut adalah pandangan saudari Aqilah Mohd Khirashid, penuntut dari NIE yang pernah mengikuti bengkel menulis seni kata dan lagu anjuran Perbayu NIE sempena Bulan Bahasa 2014:

"Sebagai peserta bagi bengkel penulisan seni kata dan lagu Encik Mohd Khair Mohd Yasin pada 6 September lalu, saya telah menerima banyak pengajaran daripada beliau bukan sahaja bagi aspek seni, tetapi juga pada aspek keperibadian. Encik Mohd Khair telah menimbulkan kesedaran terhadap niat seorang yang ingin menyebarkan seni. Seorang yang hendak menggubah lagu digalakkan untuk mempunyai niat untuk memperbaiki masyarakat melalui seni. Lagu-lagu yang ingin dirakam akan memanfaatkan jika mereka mengandungi senikata yang cukup bermakna dan positif, untuk terus menggalakkan masyarat Melayu kita untuk mencapai impian mereka dan mendapat status yang lebih tinggi bagi mengharumkan nama Melayu. Walaupun menulis sebuah lagu itu tidak mudah, Encik Mohd Khair sentiasa memberi bimbingan dan galakkan selama bengkel diadakan. Proses menulis senikata lagu dimudahkan oleh Encik Mohd Khair dengan cara yang amat menarik dan amat menyeronokkan. Terima kasih saya ucapkan kepada Encik Mohd Khair dan mereka yang telah menolong sedikit sebanyak dalam proses mengadakan dan menganjurkan bengkel tersebut."
Share on Google Plus

About Fileski Channel